comscore
Tumpuan :
Nasional

Konsert ‘ADA Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’ pukau ribuan penonton


Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Gabungan suara dan lontaran vokal mantap dari pasangan duo, Afgan dan Lyodra menerusi konsert ‘ADA Live in Kuala Lumpur’ ternyata memukau ribuan penonton di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurut pelantun lagu ‘Tak Dianggap’ itu, kemunculan kali pertamanya di Malaysia merupakan malam yang tidak dapat dilupakan dan sangat bermakna.

Manakala, Afgan, 35, berasa terharu kerana peminat-peminat masih setia memberi sokongan terhadap hasil karyanya sebagai anak seni sejak 17 tahun yang lalu.

“Saya sangat teruja dapat kembali ke rumah kedua saya. Pengalaman malam ini sungguh luar biasa.

“Terima kasih kerana masih menerima muzik lama dan lagu-lagu baru saya. 17 tahun masih bersama, setia sentiasa datang ke konsert saya tanpa rasa bosan,” ujarnya.

Dalam masa sama, pemilik nama Afgansyah Reza, tidak menyangka lagu Ada yang dilancarkan pada tahun lepas nyanyian bersama Lyodra mendapat tempat di hati pendengar.

“Tak sangka lagu yang kami lancarkan tahun lepas akan mendapat sambutan dan terus menjadi konsert.

“Kami berdua nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah menyokong karya kami,” ujarnya.

Antara lagu hits yang dimainkan malam itu adalah ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’ dari Afgan, serta ‘Sang Dewi’ dan ‘Ada’ dari Lyodra.

Penonton juga berpeluang mendengar lagu baharu yang digubah khas oleh mereka secara eksklusif.

Seramai 12 pemuzik profesional turut diterbangkan khas dari negara jiran bagi mengiringi nyanyian Afgan dan Lyodra.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini