comscore
Tumpuan :
Hiburan

Konsert terbesar Afgan di Pulau Pinang

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: 17 tahun memikat hati pendengar dengan lagu-lagu romantisnya, penyanyi popular Indonesia Afgan sekali lagi bakal memukau peminat menerusi konsert terbesarnya di negara ini.

Konsert di Pulau Pinang itu dijadualkan berlangsung Disember depan.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza telah membina ikatan kuat dengan peminat tempatan sejak debutnya pada tahun 2009.

Jelasnya konsert itu nanti akan menceritakan perjalanan karier seninya menerusi 25 lagu hits.

“Sepanjang  karier saya di Indonesia saya belum pernah buat konsert sebesar ini mencapai 7,000 hingga 8,000 penonton dan ia pasti menjadi konsert terbesar saya.

“Saya ingin merayakan 17 tahun saya berkarya di dunia muzik dan peminat Malaysia termasuk mereka yang paling setia dari dulu sampai sekarang… Jadi saya mahu bagi hadiah persembahan istimewa di akhir tahun untuk mereka semua,”katanya.

Jika konsert berkenaan mendapat sambutan memberangsangkan, Afgan bercadang konsertnya ditambah satu hari lagi.

“Tapi saya juga mahu ada satu segmen yang mana saya akan menyanyikan lagu artis Malaysia yang saya suka kerana saya ingin memberikan tribute juga lah kerana saya suka artis Malaysia,”katanya.

Buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jangkaan untuk konsert di Pulau Pinang, pun begitu, Afgan berharap ia bakal menjadi memori indah buat peminat di Malaysia.

“Insha Allah ia akan menjadi kenangan yang paling diingati untuk semua peminat di Malaysia yang setia bersama saya selama ini ..dan saya mahu meraikan 2024 ini bersama kalian,”katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini