comscore
Tumpuan :
Nasional

Kontraktor maut terjatuh ke dalam gaung

Oleh: Fazli Ahmad

GENTING HIGHLANDS: Seorang lelaki dipercayai kontraktor terbunuh selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung di Kilometer Satu, Jalan Genting Highlands, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, ketika kejadian mangsa dilaporkan sedang melawat tapak untuk kerja pemasangan paip.

Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2:53 petang tadi sebelum mengerahkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba dilokasi kejadian mendapati seorang lelaki terjatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira 20 meter.

“Mangsa berusia 60 tahun dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja di lereng terbabit dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Loading...
Terkini