comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kool 101 dapat sentuhan Jamal

 

KUALA LUMPUR: Dalam usaha lebih mendekati pendengar, Stesen radio milik Media Prima Audio (MPA), Kool 101 bakal tampil dengan pelbagai kempen menarik sepanjang tahun ini.

Antara kempen bakal dijalankan adalah memperkenalkan penyampai radio berpengalaman, Jamal Jamaluddin yang terkenal dengan slogan ‘Ganda 23’ sebagai wajah baharu di stesen berkenaan.

Jamal akan ke udara untuk berkongsi pengalaman hidup, kisah cinta dan keluarga melalui segmen ‘Cerita Malam Kita’ setiap Isnin hingga Jumaat bermula semalam, jam 8 malam.

Selain itu, Kool 101 akan terus membincangkan isu sosial dan semasa yang relevan dan dapat memberi manfaat kepada pendengar serta penonton melalui program, Masterclass Kool 101.

Mengetengahkan konsep seperti podcast, Masterclass Kool 101 dapat memberi peluang kepada pendengar untuk mendalami dan mempelajari perkara baharu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Tidak ketinggalan, dalam usaha menyumbang kepada masyarakat secara langsung, Kool 101 akan mengadakan program Barber Bergerak dengan mengunjungi pelbagai lokasi untuk memberikan perkhidmatan gunting rambut kepada masyarakat.

Kool 101 juga akan melancarkan Kool-Way Giveaway, di mana pelbagai barangan eksklusif akan diberikan kepada pendengar secara percuma, antaranya baucer kedai baju, kasut dan tiket konsert

Kool 101 boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang, 90.2FM Penang, 107.3FM Alor Setar dan 104.3FM Sarawak.

Sebagai alternatif lain, pendengar juga boleh didengar secara ‘live streaming’ di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini