comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kos bahan mentah masih tinggi – Peniaga

Tinjauan kru Buletin TV9 di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Petaling Jaya, hari ini.

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Hari ini hari pertama berpuasa, antara yang menjadi tumpuan sudah pastinya bazar Ramadan.

Kru Buletin TV9 meninjau beberapa bazar Ramadan di sekitar Petaling Jaya bagi melihat sendiri suasana termasuk mendengar kata orang ramai, dan harga juadah antara yang menjadi topik.

Tinjauan kami di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Petaling Jaya mendapati tiada menu rahmah dijual.

Ini kerana peniaga mendakwa kos bahan mentah masih tinggi dan mereka tidak dapat menyediakan menu berkenaan.

Peniaga, Abdul Harris berkata, meskipun harga barang naik namun dia tetap mengekalkan harga makanan yang dijual sama seperti tahun lalu.

“Melihat keadaan rakyat yang susah, jadi saya tak sampai hati nak naikkan harga jualan walaupun kos saya dah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Jadi saya jual mana yang termampu sahaja, InshaAllah adalah rezki kami sebagai peniaga,” katanya.

Tinjauan juga mendapati beberapa peniaga mula melaksanakan bayaran tanpa transaksi tunai.

Bagi pengunjung, Alya Zahari, inisiatif ini sekaligus dapat mempermudahkan urusan jual beli dan meningkatkan penjualan peniaga.

“Amalan ni bagus untuk dipraktikkan sebab saya sendiri pun dah jarang gunakan cash sebab tak suka bawa wang yang banyak,”katanya.

Loading...
Terkini