comscore
Tumpuan :
Nasional

Kos dedak mahal, ternakan dibagi makan ketum

JELEBU: Seorang penternak menjadikan pokok ketum ayam sebagai ganti makanan ternakannya.

Tindakan itu susulan harga dedak ternakan yang naik mendadak sejak awal tahun.

Pesara kerajaan Jamalludin Mohd Isa, 59, yang menetap di Kampung Kuala Pah di sini, memberitahu dia menternak 250 ekor ayam kacukan kampung dan 115 ekor itik nila selain 14 ekor kambing di belakang rumah.

“Ketika ini dedak berharga RM154 bagi satu guni seberat 50 kilogram (kg). Manakala dedak jagung berharga RM73 bagi satu guni 40 kg.

“Bagi kegunaan makanan ternakan, saya memerlukan 10 guni dedak dan empat guni jagung setiap bulan,” katanya.

Justeru itu, bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak mahal ini, Jamalludin kini giat menanam pokok ketum ayam sebagai makanan alternatif bagi ternakannya.

Katanya, ketika ini 20 batang pokok ketum ayam ditanam tidak mencukupi berikutan ia sangat digemari haiwan ternakan terutama kambing.

“Daun ketum ayam lebih berkhasiat dan mempunyai protein lebih tinggi berbanding rumput napier malah pokok berkenaan mudah hidup.

“Hasil pemerhatian terhadap ayam yang diberi makan daun berkenaan mendapati ia lebih sihat sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dedak.

“Malah jika ia juga sesuai diberi kepada ternakan ruminan yang memerlukan makanan berkhasiat untuk pembesaran,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini