comscore
Tumpuan :
Nasional

Kotak terbiar berisi barangan kosmetik seludup ditemui di Sungai Golok

TUMPAT: Empat kotak terbiar yang diletakkan di tebing Sungai Golok, di sini rupanya mengandungi barang kosmetik tanpa dokumen sah, dianggar bernilai lebih RM15,000.

Ia ditemui pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) pada 10.45 malam kelmarin, ketika penugasan Op Taring Wawasan di Pangkalan Haram Paija, Pengkalan Kubor.

 

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya percaya kotak itu yang dibawa masuk dari Thailand sengaja dibiarkan dan menunggu masa untuk diambil pihak tertentu.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM 15,234 dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(1)(E) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam operasi sama, PGA9 turut menggagalkan cubaan membawa masuk 300 kilogram (kg) beras siam dalam rampasan di Kampung Bunohan.

Katanya, PGA akan terus pemantauan dan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengekang kegiatan penyeludupan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini