comscore
Tumpuan :
Nasional

KP Perikanan tidak pernah keluar kenyataan dakwa kedai mamak beli ayam sakit

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan mendakwa terdapat kedai mamak membeli ayam sakit dengan harga murah atau mengutip ayam mati secara percuma.

Penafian itu dikeluarkan Jabatan Perikanan (DOF) menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, DOF mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat tidak disahkan yang disebarkan melalui rantaian pesanan di aplikasi WhatsApp atau platform media sosial lain.

“Isu berkaitan keselamatan makanan adalah penting dan harus dirujuk kepada sumber yang sahih dan berautoriti.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa semua pihak terlibat dalam industri makanan perlu
mematuhi garis panduan dan peraturan keselamatan makanan yang ditetapkan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

DOF menegaskan, sebarang dakwaan yang serius mengenai keselamatan makanan harus disiasat dan ditangani dengan sewajarnya.

Jabatan tersebut turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar dan sentiasa berwaspada terhadap maklumat yang tidak disahkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini