comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN akan laksana sistem timbang digital sepenuhnya seluruh negara

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan sistem timbang elektronik atau digital sebagai alternatif menggantikan alat timbang neraca (ATN) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sistem timbang digital berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan memberi masa setahun kepada pihak berwajib untuk mengadakan beberapa siri libat urus.

“Pendekatan ‘soft landing’ juga akan diadakan supaya tempoh satu tahun itu dapat kita laksanakan sepenuhnya sistem digital berkenaan.

“Sesi libat urus perlu diadakan bagi melihat daripada segi bekalan sama ada cukup ataupun tidak dan harganya supaya pihak peniaga dan pengguna mereka ada masa yang sesuai untuk beralih kepada sistem digital berkenaan sepenuhnya,”.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Metrologi 2023 di IOI Mall Putrajaya.

Beliau turut berharap pasukan penguatkuasaan KPDN juga dapat melakukan sesi libat urus dengan pihak syarikat De Metrology Sdn Bhd bagi pelaksanaan sistem sukatan baru berkenaan.

“Jika tempoh masa setahun ditetapkan tidak mencukupi untuk beralih ke sistem baru itu, kementerian akan lakukan kajian lebih mendalam dan akan dibincangkan secara tuntas bagi memastikan keperluan asas mesin itu dapat disediakan.

“Mengikut laporan metrologi diperingkat antarabangsa memang kita kena akui bahawa mesin elektronik berkenaan dan ketepatannya tidak boleh dipertikaikan dibandingkan dengam mesin ATN,” katanya.

Ujarnya lagi, Malaysia tidak boleh ketinggalan dan akan pastikan hak-hak pengguna akan terus dapat pertahankan dengan secara bertahap dan satu hari nanti Malaysia akan menggunakan timbang elektrik sepenuhnya

“Bagi penyediaan alat timbang elektronik atau digital berkenaan akan dibekalkan oleh beberapa syarikat yang telah didaftarkan oleh KPDN”

“Sementara itu, kapasiti bagi ATN adalah pelbagai dan antaranya ialah kapisiti 10 Kg, 20 Kg, 30 Kg dan 50 Kg,” katanya.

Data ATN yang ditentusahkan setahun di Malaysia sehingga 31 Disember 2022 ialah sebanyak 99,744 unit manakala jumlah ATN yang diluluskan ialah 99,729 unit.

Loading...
Terkini