comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN akan memperkemas sistem pangkalan data mangsa banjir

DUNGUN: Kementarian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkemaskan sistem pengkalan data mangsa banjir di seluruh negara untuk skim insurans Rahmah yang akan dilancarkan pada Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia bertujuan untuk memudahkan sistem urus yang lebih serius untuk mendapatkan data mangsa banjir dengan lebih tepat.

Beliau berkata data mangsa banjir itu akan dikumpul dengan kerjasama dari agensi terlibat dalam pengurusan bencana seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Data itu melibatkan kawasan geografi kampung-kampung yang sering dilanda banjir perkara ini akan memudahkan kerja – kerja pengurusan mangsa-mangsa banjir untuk pengurusan tuntutan insurans sekiranya bencana berlaku,” katanya.

Beliau berkata sebanyak tiga syarikat insurans telah berminat  menawarkan pakej  kepada penduduk yang sering terlibat dengan bencana banjir.

“Beri kami masa dalam tempoh mungkin enam bulan selaraskan data ini dan Insyaallah syarikat insurans akan dapat nenawarkan pakej yang bersesuai kepada mangsa seperti perlindungan kenderaan dan rumah, ” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  selepas majlis penyampaian Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut daerah Dungun.

Pada majlis itu, seramai 300 mangsa banjir menerima bantuan wang ihsan.

Beliau memberitahu, penduduk yang berminat menyertai skim insurans tersebut hanya perlu membayar caruman pada harga Rahmah yang rendah dan mendapat perlindungan dalam jumlah yang setimpal.

Tambahnya, penduduk yang tinggal di kawasan yang kerap berlaku banjir disaran tampil mendaftar bagi menlengkapkan data mangsa banjir tersebut.

Loading...
Terkini