comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN bongkar taktik kuari dalangi penyelewengan diesel subsidi

Lori dan tangki digunakan sebuah syarikat kuari untuk penyelewengan diesel subsidi di disita KPDN Perak. – FOTO: Ihsan KPDN

LUMUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel yang turut didalangi sebuah syarikat kuari di sini.

Kejayaan itu susulan serbuan ke sebuah premis di kawasan kuari berkenaan melalui Op Tiris, hasil pemantauan dan intipan seminggu ke atas aktiviti pembelian diesel di stesen minyak sekitar Manjung yang menggunakan lori.

Pengarah KPDN negeri, Datuk Kamalludin Ismail, berkata pemeriksaan ke atas premis menemukan menjumpai satu unit tangki dianggar berkapasiti maksimum 15,000 liter, selain sebuah lori dan cecair disyaki diesel dianggarkan berjumlah 2,250 liter.

“Turut ditemukan beberapa peralatan digunakan untuk memindahkan diesel,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Mengulas modus operandi digunakan, katanya mereka menggunakan lori disyaki diubah suai tangki asal untuk melakukan pembelian diesel di stesen minyak secara berulang bagi mengaburi kegiatan ini.

“Setiap pembelian dianggarkan berjumlah 250 liter dan mereka mengulangi pembelian sehingga empat kali setiap hari, sebelum diesel bersubsidi ini disimpan sementara untuk kegunaan jentera atau kenderaan milik syarikat.

“Sepatutnya, pihak syarikat membeli dan menggunakan diesel kategori komersial atau industri bukannya diesel bersubsidi,” katanya.

Kamalludin berkata, susulan serbuan itu, dua lelaki berusia 69 dan 53 tahun disyaki dalang utama ditahan untuk siasatan lanjut, dengan barang disita dianggarkan berjumlah RM46,800.

Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974.

Loading...
Terkini