comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPDN lulus kuota tambahan RON95, diesel elak bekalan terputus

 

Oleh: Zahir Senapiah

MUAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meluluskan kuota tambahan bagi petrol RON95 dan diesel sebanyak 1.09 juta liter untuk menampung keperluan sempena Aidiladha.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tambahan kuota itu membabitkan 311,000 liter petrol RON95 dan 783,000 liter diesel bagi menampung keperluan di lokasi tumpuan.

“Sempena cuti Aidiladha sehingga Ahad, kami mengambil maklum kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api, susulan penambahan kenderaan luar biasa di jalan raya untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Berikutan itu, KPDN meluluskan kuota pukal sempadan bagi bulan ini untuk diagihkan kepada tiga syarikat petrol utama iaitu Petronas (529,000 liter petrol dan diesel), Petron (320,000 liter petrol dan diesel) dan Chevron (245,000 liter petro dan diesel),”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Korban dan Akikah Rahmah di Pasaraya Econsave, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

“KPDN sentiasa peka dan bertindak proaktif dengan membekalkan kuota tambahan maklumlah semasa perayaan Aidiladha walaupun rayanya sehari tapi hari tasyrik tiga hari selepas raya haji sudah pasti program korban itu akan berjalan akan menyebabkan kenderaan atau penguna lebuh raya bertambah” katanya selepas menyerahkan 200 ekor kambing Korban dan Akikah Rahmah, di Muar, siang tadi.

Ujarnya, tambahan kuota petrol dan diesel itu diharap dapat memastikan bekalan bahan api itu mencukupi sepanjang tempoh musim perayaan.

Sekaligus mengelak berulangnya isu kekurangan bekalan petrol dan diesel di negeri pantai timur.

Pada sambutan Aidilfitri tahun lalu berlaku kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel berpunca daripada permintaan luar jangka yang meningkat hingga 50 peratus.

Loading...
Terkini