comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN Perak sita 527kg minyak masak disimpan di sebuah rumah

Foto hiasan

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 527 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Meru di sini, semalam.

Pengarah berkenaan Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota menyerbu kediaman itu yang dipercayai dijadikan stor simpanan hasil risikan dan maklumat orang awam pada 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemukan kesemua minyak masak peket berkenaan di ruangan tempat letak kenderaan di kediaman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati pemilik premis tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia untuk menyimpan barang kawalan.

Katanya kesemua minyak masak peket itu dianggarkan bernilai RM1,317 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini