comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN serbu kilang makanan disyaki guna logo halal tidak sah di Kamunting

Oleh: Kumaran Rajamoney

TAIPING: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Perak mengesan sebuah kilang memproses makanan di Taman Glenview, Kamunting dekat sini mengeluarkan produk menggunakan logo halal tidak sah.

Pengarah KPDN Perak,  Datuk Kamalludin Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan serbuan keatas premis itu dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa dari cawangan Taiping, kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

“Serbuan ini dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 ( Perakuan dan Penandaan Halal). Melalui pemeriksaan yang dijalankan mendapati kilang ini beroperasi mengeluarkan produk makanan iaitu sekaya (jem) untuk edaran sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.”

“Pemeriksaan lanjut ke atas produk akhir, mendapati terdapat logo halal pada bungkusan sekaya. Pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah,”

Sehubungan itu, KPDN katanya telah mengambil tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

65 unit produk sekaya yang siap dan 2000 unit bekas plastik yang tertera logo halal yang tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita.

Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM452.25.

Kes disiasat di bawah Perintah 8(a),Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini