comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN serbu, rampas barang tiruan bernilai lebih RM400 ribu

KUCHING: Gudang yang disyaki menjual barang tiruan di  Taman Perindustrian Demak Laut di sini telah diserbu sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sarawak selepas disyaki menyimpan dan menjual barangan tiruan.

Pengarahnya, Mathew Dominic Barin berkata, tindakan serbuan itu hasil daripada pemantauan dan risikan dilakukan KPDN Sarawak dan pihak pengadu bagi cap dagangan berkenaan.

“Hasil serbuan yang dijalankan ke atas sebuah gudang tersebut berjaya menemukan barangan yang disyaki tiruan, terdiri daripada barangan elektronik kenderaaan.

“Serbuan ini juga telah menahan seorang suspek wanita tempatan yang mengaku berkerjs sebagai penyelia premis berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan gudang terbabit menemui seterusnya menyita sejumlah 902 unit barangan elektronik kenderaan terdiri pemain radio  kereta Andriod, Kamera pemuka kenderaan serta pembesar suara kereta.

Katanya, kesemua barangan yang disita itu dianggarkan bernilai RM 442,977 selepas ia disyaki menggunakan cap dagangan yang tidak sah.

“Ini merupakan nilai rampasan tertinggi tahun 2024 bagi kes Akta Cap dagangan 2019,” katanya.

Kes terbabit kini disiasat bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini