comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN serbu stor disyaki terbabit aktiviti seleweng diesel bersubsidi 

FOTO: NSTP

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang hari ini menyita sebuah lori lima tan berserta dua set pam membabitkan nilai rampasan RM55,350, dipercayai digunakan bagi penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengarah KPDN negeri, S.Jegan berkata, sitaan menerusi serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stor tidak berlesen di Kawasan Perindustrian Machang Indah itu turut menemui 14,900 liter diesel dianggar bernilai RM32,035 yang disimpan dalam 25 unit tangki ’Intermediate Bulk Container’ (IBC).

FOTO: NSTP

“Dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 20-an yang bekerja di stor terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Sindiket dipercayai membeli diesel daripada stesen-stesen minyak di sekitar Pulau Pinang dan dibawa ke stor ini yang hanya dijadikan sebagai pusat pengumpulan. Berdasarkan maklumat awal kita percaya diesel itu akan dihantar ke Kedah seterusnya diseludup ke Thailand,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tambahnya, kebanyakan sindiket dikesan menggunakan modus operandi sama dengan menjadikan lokasi terpencil atau sunyi sebagai tempat beroperasi selain sering berpindah-randah bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Beliau berkata pihkanya sedang mengesan pemilik premis itu dan kes disiasat lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini