comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDNHEP rampas topeng muka

KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai Penguatkuasa dari Seksyen Taktikal dan Serbuan KPDNHEP Putrajaya berjaya merampas 223,000 unit topeng muka bernilai lebih RM400,000 di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Topeng muka 3 lapis berkenaan dijual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang tinggi iaitu RM3.50 seunit melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit. 

Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan penjualan topeng muka berkenaan dan kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi Whatsapp.

Loading...
Terkini