comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKM laksana reformasi tangani isu kekurangan beras putih tempatan 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. – FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Empat pendekatan baharu akan dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu dibuat setelah kajian, siasatan dan cadangan daripada pasukan ‘task force’ untuk menyelesaikan isu terbabit.

Beliau berkata kementeriannya akan melaksanakan pemantapan tatakelola sektor padi dan beras iaitu melalui pengasingan kuasa antara Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) serta penglibatan wakil Kerajaan dalam BERNAS.

Selain menerusi peraturan melarang campuran BPT dengan beras putih import (BPI).

“Pekeliling tentang peraturan ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan warga KPKM di sini, hari ini.

Pihaknya juga akan menggabungkan semua penguat kuasa di bawah KPKM untuk memantapkan aspek penguatkuasaan.

“Penggabungan kesemua penguatkuasa di bawah KPKM seperti KPB, MAQIS, DOA,DVS, DOF, FAMA dan LKIM,” ujarnya.

Tambahnya, reformasi pentadbiran juga akan dilaksanakan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini