comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPKT lulus RM36.34 juta bagi pembangunan infrastrukur di Kedah


Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM36.34 juta bagi pembangunan projek di negeri Kedah.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata kelulusan itu melibatkan 95 projek di seluruh negeri itu yang dilaksanakan di bawah inisiatif ‘Sentuhan Kasih’ KPKT dalam meningkatkan kualiti fasiliti awam.

“Tumpuan KPKT adalah bagi projek berimpak tinggi dan dekat di hati rakyat. Antara yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan ini termasuk naik taraf pasar awam, baik pulih tandas kotor dan jalan yang rosak.”

“Kita akan memastikan bahawa ianya menjadi Perforamace-based budget atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.”

Peruntukan itu katanya akan disalurkan segera, bagi memastikan projek yang dirancang dapat dijalankan secepat mungkin dalam mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat.

“KPKT juga sedang menilai beberapa projek berskala besar bagi dilaksanakan di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke Pasar Awam Teluk Wanjah, di sini bersempena lawatan kerja selama sehari ke negeri Kedah.

Beliau kemudiannya meninjau  Dewan Dato’ Syed Omar, Projek Longkang Taman Pulai Jaya dan Dataran Kejat Medan Selera Darul Aman.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali, dan Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Yusri Md Daud.

Loading...
Terkini