comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKT peruntuk RM147 juta peroleh 150 kereta bomba kompak

Nga Kor Ming melakukan gimik pelepasan konvoi bermotosikal dan unit kereta bomba kompak (CFRT) pada Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 JBPM di Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM147 juta bagi memperoleh 150 unit kereta bomba kompak (CFRT) untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, perolehan CFRT itu menandakan langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh keupayaan pasukan bomba dan penyelamat serta membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Penyerahan CFRT akan dilaksanakan dalam tempoh segera dengan mengikut fasa yang ditetapkan kepada pihak JBPM.

“Semua perolehan 150 unit CFRT ini adalah pembelian aset paling besar dalam sejarah bomba. Sebanyak lima unit CFRT sudah diserahkan kepada pihak JPBM hari ini, membabitkan tiga negeri iaitu dua unit di Selangor, Johor (dua unit) dan Perak (satu unit),” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 JBPM di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT, Muhammad Razman Abu Samah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini