comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM beri jaminan tiada murid tercicir daripada data untuk ke IPT

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Zulfakhri Shamsul Ariffin 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa tidak ada murid yang tercicir daripada data untuk masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bagi sesi persekolahan 2023/2024, KPM telah membangunkan sebuah sistem yang bersepadu dikenali sebagai Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOIES).

Katanya sistem itu digunakan sepenuhnya bagi mengurus data skor Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di sekolah-sekolah KPM.

“KPM membangunkan sistem MOEIS ini bagi memastikan kawalan dan integriti data agar selamat dan tidak mudah dicerobohi dan sistem ini bertujuan untuk pentadbiran maklumat sekolah KPM.

“Sebelum ini semasa kita menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), kita tidak ada kawalan kepada integriti data.

“Jadi kita bangunkan sebuah sistem yang bersepadu, ada integrasi bagi memastikan kawalan dan data ini tidak mudah diceroboh dan kita dapat kawal data ini sepenuhnya khususnya untuk sekolah-sekolah di bawah KPM.

Sehubungan itu, bagi sekolah bukan bawah pentadbiran KPM, laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid perlu dikemukakan secara offline melalui templat seragam yang telah disediakan oleh KPM.

Jelas beliau, ianya dihantar kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Buat sementara, sebelum semua data dapat diintegrasikan dalam sistem sekolah-sekolah selain di bawah KPM ini akan membuat secara offline.

“Walaupun ada isu isu berbangkit KPM telah pun membambil semua susul tindak dan komited untuk memastikan bahawa semua markah PAJSK anak anak ini dapat dipenuhi dan tiada keciciran.

Dalam masa yang sama, KPM sedang memperbaiki dan menambah baik sistem ini, integrasi data ini di sekolah swasta dan di luar KPM.

Fadhlina berkata, inisiatif tindakan ini akan menambah baik kaedah pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM dengan menyediakan akses perekodan data PAJSK yang sama seperti sekolah bawah KPM.

Katanya, KPM juga telah bekerjasama dengan pihak KPT bagi menyelaras data skor PAJSK agar isu ini tidak lagi berbangkit di masa hadapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini