comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM lantik lebih 6,000 guru atasi masalah sekolah tak cukup cikgu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 6,034 guru baharu lantikan secara kontrak telah ditempatkan di sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) Isnin lalu bagi mengatasi masalah kekurangan 20,000 guru sekolah.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

Mengulas lanjut KPM berkata, penempatan baharu lantikan secara kontrak itu dibuat berdasarkan tiga prinsip asas.

“Ia merangkumi kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu lantikan secara kontrak bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah seluruh negara.

“KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat di atasi.

“Pelantikan guru baharu secara kontrak adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini