comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM usaha perluas pembudayaan STEM di sekolah, tingkatkan kemahiran belia

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) optimis dan terus berusaha meningkatkan kemahiran belia dan anak muda negara dalam aliran sains menerusi pembudayan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga mahu, pembudayaan STEM di kalangan anak muda khususnya murid dan pelajar sekolah tidak sekadar berakhir di alam persekolahan, tetapi diteruskan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita ambil tanggungjawab khususnya dalam jawatankuasa STEM. Dalam jawatankuasa ini, antara perkara diberi tumpuan adalah meningkatkan kemahiran belia dan anak muda kita dalam aliran sains. Pembudayaan STEM di sekolah sedang diberi perhatian dan dalam Belanjawan 2024, kita dimaklumkan mengenai RM100 juta diperuntukan untuk pembaikan makmal.

“Ini semua inisiatif penting dalam usaha kita membudayakan STEM di sekolah. Kita juga sedang meningkatkan program inovasi dan sekolah serta merentas kementerian lain. Inisiatif sedang berjalan dengan sangat baik dan mudah-mudahan segala ‘krisis’ ini kita dapat tangani dengan sebaiknya menerusi pembudayaan STEM di sekolah.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas menghadiri siri syarahan kecemerlangan dan kesejahteraan belia di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Fadhlina mengulas laporan media minggu lalu melaporkan, bahawa negara dibimbangi akan kehilangan tenaga kerja profesional seperti doktor dan saintis disebabkan semakin ramai pelajar di peringkat sekolah menengah tidak lagi cenderung mengikuti pelajaran dalam jurusan Sains Tulen.

Ini berdasarkan peratusan calon yang mengambil subjek Sains Tulen dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan terus merosot di bawah 15.2 peratus, dengan pakar pendidikan berpendapat, jika trend ini berterusan, sasaran menjayakan dasar 40 peratus pelajar mengambil bidang Sains Tulen yang merangkumi sebahagian teras Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) akan terjejas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini