comscore
Tumpuan :
Nasional

KPN ziarah bekas anggota terlantar dan uzur

FOTO: PDRM

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menziarahi tiga bekas anggota polis Kontinjen Johor yang uzur.

Mereka ialah pesara Lans Koperal Mohd Nazsafareen Hassan, 40 tahun, Koperal Sulaiman Othman, 74 tahun dan pesara Lans Koperal Balasubramaniam Suppiah, 77 tahun.

FOTO: PDRM

Mereka adalah bekas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Tan Sri Razarudin turut ditemani Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar.

FOTO: PDRM

Mohd Nazsafareen lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014, kini dijaga oleh ibunya, Puan Maimun Harun.

Manakala Sulaiman yang menghidap penyakit kencing manis dan telah kehilangan kedua belah kakinya sejak April 2022 lalu.

Sementara Balasubramaniam terlantar akibat pernah jatuh tidak lama dulu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini