comscore
Tumpuan :
Nasional

KPWKM perkemas pasukan penguatkuasa atasi isu penderaan

Foto ihsan RTM

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkemas pasukan penguatkuasa bagi memantau kualiti dan keselamatan perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak di semua daerah.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sebagai usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan kecuaian pengasuh di pusat jagaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, pelaksanaan itu termasuk memperketat dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon-calon pengasuh yang akan bekerja.

“Kita akan menyusun semula penempatan pegawai di setiap daerah dengan menempatkan pegawai yang akan memberi fokus untuk melaksanakan tugas, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan khususnya untuk pusat jagaan kanak-kanak dan Taska sahaja.

“Ini akan dimulakan di 43 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko, dan kita akan melaksanakannya pada tahun ini juga,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, dalam usaha mengurangkan kes dera di pusat asuhan,  pengasuh taska juga perlu mengikuti kursus ujian psikometrik.

Dalam pada itu, beliau berkata pemasangan kamera litar tertutup CCTV di pusat asuhan juga diperketakan dengan memastikan tiada tempat titik buta yang terlindung dari pandangan.

Loading...
Terkini