comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Krisis Asia Barat, kerjasama ekonomi jadi tumpuan perbincangan – PM

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

DOHA: Isu ketegangan di Asia Barat dan aspek memperkukuh pelaburan menjadi tumpuan utama perbincangan antara Malaysia dan Qatar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis peperangan di Gaza yang masih tiada noktah memerlukan kerjasama semua pihak bagi menamatkan episod penderitaan itu.

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan secara mendalam mengenai konflik Palestin-Israel di mana semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

“Dalam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini.

“Turut dibincangkan adalah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi yang kemudiannya telah disentuh secara mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani hari ini.

Menyentuh mengenai kerjasama ekonomi, Anwar berkata, Malaysia dan Qatar akan terus komited mempertingkatkan soal pelaburan bagi tahun mendatang.

Usaha itu juga ditambah dengan mengambil kira tentang jalinan diplomatik yang telah pun mencecah 50 tahun.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi membincangkan isu berbangkit selain saling bertukar pandangan terhadap usaha memperkukuh ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini