comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Krisis kemanusiaan di Palestin beri kesan kepada hubungan global 

 

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata berkata, krisis kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Timur Tengah tetapi dalam hubungan global untuk tempoh panjang.

Beliau turut menegaskan pendirian negara yang menggesa gencatan senjata, selain menghentikan pengeboman Gaza yang berterusan sehingga kini.

 

“Malaysia melihat ini sebagai krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam. Akhirnya, ini bukan mengenai kepercayaan agama. Lebih daripada 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta warga pelbagai negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberi syarahan umum bertajuk Super Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific di University California, Berkeley.

“Ini adalah mengenai tindakan mencegah lebih banyak kematian, penderitaan dan kebencian”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam syarahan umum bertajuk Super Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific di University California, Berkeley.

Menurut Anwar lagi,  Malaysia menentang keganasan dalam sebarang bentuk dan mengutuk tindakan membunuh rakyat tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan.

Negara turut mengutuk pengeboman orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman terhadap mereka yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berlaku setiap masa di Gaza.

Anwar menegaskan apa yang berlaku di Gaza ketika ini adalah jelas kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ia perlu dihentikan segera.

Loading...
Terkini