comscore
Tumpuan :
Nasional

KRT perkenal ‘bubur lambuk ayam belanda’, turut raikan bukan Islam di bulan Ramadan

PONTIAN: Setiap kali Ramadan, bubur lambuk pasti menjadi pilihan.

Begitulah suasananya di Taman Damai di sini, menyaksikan penduduknya mencuba resepi baharu dalam menghasilkan bubur lambuk.

Lebih 30 penduduk bergotong royong memasak “bubur lambuk ayam belanda” buat julung kalinya di Masjid Al-Hijrah.

Program yang julung kali diadakan anjuran Rukun Tetangga K-R-T dan Masjid Al Hijrah Taman Damai, Pontian.

Dua ekor ayam belanda seberat 10 kilogram dimasak menggunakan dua periuk besar mengambil masa hampir tiga jam untuk disiapkan.

Apa yang menarik selepas siap dimasak, bubur berkenaan diagihkan kepada orang ramai termasuk yang bukan beragama Islam.

Menurut pengerusi KRT taman damai, Mohd Fauzi Yamin, bubur lambuk biasanya menggunakan menggunakan daging lembu sebagai menu utama.

Tetapi tahun ini KRT mencuba resepi baharu menggunakan daging ayam belanda sebagai bahan utama.

“Kita nak meraikan kaum Cina dan India dalam bulan Ramadan kali ini, sebab ada dalam kalangan mereka tak makan daging lembu jadi mudah- mudahan ini dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan komuniti tempat kita” katanya.

Dalam pada itu seorang penduduk, Lim Chai Leng berkata, dia teruja makan bubur lambuk daging ayam belanda.

“Rasanya ada beza sikit daripada ayam atau daging dan saya difahamkan daging ayam belanda kurang kolesterol, saya rasa ini baik untuk kesihatan, terima kasih kepada KRT yang buat bubur lambuk ayam belanda ni” ujarnya.

Bagi Mohd Rizal Bachok pula, resepi bubur lambuk ayam belanda yang pertama kali dimakannya agak istimewa berbanding bubur lambuk biasa.

“Rasanya berbeza sedikit daripada ayam biasa dia pun lebih special sedikit daripada  ayam hutan dan ayam kampung” jelasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini