comscore
Tumpuan :
Nasional

KSP RMK12: 17 anjakan utama, 71 inisiatif utama diperkenal

Kerajaan Perpaduan kini sedang mempersiap negara bagi menempuhi fasa kedua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025: Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera Dan Berpendapatan Tinggi.

KSP RMK12, yang diberi tema “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi” dengan tiga tumpuan utama, yakni memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 17 anjakan utama dan 71 inisiatif utama telah diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara yang disasarkan.

“Kerajaan telah menyasarkan lonjakan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 5% setahun dalam tempoh RMK12 dengan memberikan tumpuan kepada dua perkara pokok ” kata Perdana Menteri semasa membentangkan KSP RM12 di Parlimen.

Pertama: memperkukuh produktiviti dengan menyegerakan peralihan kepada industri yang bernilai tinggi dan menerima guna
teknologi termaju serta mempertingkat bakat berkemahiran.

Kedua: Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama para pelabur dengan memperkukuh daya saing.

Langkah utama adalah meningkatkan persekitaran perniagaan menerusi penambahbaikan peraturan perniagaan termasuk melalui unit MyMudah.

Loading...
Terkini