KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan purata bulanan isi rumah juga meningkat kepada RM8,479 pada tahun 2022 daripada RM7,901 pada tahun 2019.
“Nikmat kemajuan ekonomi yang dikecapi ini turut dapat dirasai oleh rakyat seperti yang terpapar pada petunjuk pada peringkat global dan domestik.
Malaysia berhasil mencatat pencapaian yang memberangsangkan dalam pembangunan manusia berdasarkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) 2021 pada tangga ke-62 daripada 191 buah negara.
“Kita menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam masa 10 tahun”.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat sebentar tadi.