comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Ku Adib anak yang menyenangkan’ – Ibu

Penolong Pengarang Berita Berita Harian, Hafizah Iszahanid menyiram air ke atas pusara anaknya Ku Adib Aizab Ku Azmi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul ‘Aliyah Saujana Utama. – FOTO: NSTP

SUNGAI BULOH: “Saya namakan dia Adib yang bermaksud lembut dan mendengar kata, Alhamdulillah, saya dapat anak seperti yang didoakan.”

Itu luahan ibu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, Hafizah Iszahanid, yang juga Penolong Pengarang Berita BH.

Hafizah berkata, anaknya adalah penerima bantuan Yayasan Selangor untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun.

Bagaimanapun katanya, Ku Adib tidak menggunakan duit bantuan berkenaan, sebaliknya memilih untuk bekerja setiap kali cuti semester.

“Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dia adalah anak yang sangat menyenangkan.

“Saya dapat anak yang baik di mana sejak kahwin memang berdoa supaya dapat anak yang lembut, bijaksana, dengar kata. Saya dapatlah,” katanya kepada BH ketika menceritkan perihal anak sulungnya.

Terdahulu, jenazah Ku Adib yang maut dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar UiTM Terengganu Kampus Dungun, selamat dikebumikan, di sini, jam 6.19 petang tadi.

Jenazah Allahyarham Ku Adib tiba di rumah keluarganya dari Dungun, jam 4.30 petang selepas disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Islam Raudhatul Aliyah di sini.

Lebih 300 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan mengiringi jenazahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini