comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuala Krai rekod status gelombang haba

KUALA LUMPUR: Kuala Krai di Kelantan merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Agensi itu berkata, cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, rekod bacaan dikemas kini setakat jam 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 21 kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Ia termasuk Perlis; Padang Terap, Sik, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu di Kedah; Pulau Pinang (Timur Laut); Pasir Puteh, Jeli, Gua, Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah di Kelantan dan Besut serta Setiu di Terengganu.

Selain itu, satu kawasan di Sabah berada pada tahap berjaga-jaga iaitu Beluran.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini