comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuarters guru di dalam pondok tahfiz terbakar

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sebuah kuarters guru di dalam Pondok Tahfiz Darul Hidayah, di Kampung Sungai Mati, musnah dalam satu kebakaran sekitar jam 11 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kejadian diterima pada jam 11.24 pagi.

“Pasukan JBPM yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan dua buah blok kelas B dua tingkat, yang mengalami kebakaran hampir 90 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah van, motosikal serta sebuah bot fiber,” katanya.

Tindakan pemadaman dilakukan dengan menggunakan 4 aliran 6 pancutan dari jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, BBP Pokok Sena serta pasukan bomba sukarela berdekatan.

Kebakaran terkawal pada jam 11.47 pagi, dengan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini