Tumpuan :
Nasional

Kubur Pengkalan Maras terhakis akibat hujan lebat, ombak besar

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: Ombak besar dan hujan lebat yang melanda Terengganu selain mengakibatkan banjir, turut menyebabkan beberapa kubur runtuh dan terjejas akibat hakisam pantai.

Beberapa tahun lalu, Tanah Perkuburam Islam di Tok Jembal dilanda hakisan.

Kini, Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras turut yang terjejas.

Difahamkan hakisan pantai itu telah menjejaskan tujuh pusara sehingga sebahagian kain kapan dan rangka jenazah terlihat.

Difahamkan, terdapat lebih 150 kubur di tanah perkuburan itu yang dibuka kira-kira 70 tahun lalu.

Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun ketika dihubungi berkata, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Nerus diberi kebenaran untuk mengalihkan tujuh jenazah terjejas ke tanah perkuburan baharu.

Katanya, ia bagi mengelakkan mudarat lebih besar berlaku seperti jenazah terlibat terhanyut ke laut akibat hakisan pantai berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini