comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuching dilanda banjir kilat

KUCHING: Hujan lebat berterusan sejak jam 1 pagi hingga 6 pagi tadi mengakibatkan kebanyakan kawasan rendah di bandar raya ini dilanda banjir kilat.

Ia adalah banjir kali ketiga melanda bandar raya ini selepas kejadian pada 28 Januari lalu dan 16 Februari lalu.

Antara kawasan yang terjejas banjir kilat ialah Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Jalan Arang, Tabuan, Matang, Sungai Maong dan Stapok.

Selain itu jalan utama menghubungkan Kuching dan Bau turut dinaiki air sehingga tidak dapat lalui kenderaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini