comscore
Tumpuan :
Nasional

Kucing direndam hingga mati, MMA tawar ganjaran RM5,000 cari pelaku

KUALA LUMPUR: Susulan kejadian 15 ekor anak kucing yang didakwa direndam hingga mati, Persatuan Haiwan Malaysia (MMA) tampil dengan tawaran ganjaran RM5,000 kepada mereka yang memberi maklumat tepat dan lengkap berkaitan kes berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan persatuan itu di Facebooknya, MMA memohon kerjasama masyarakat bagi membantu menjejaki pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertindak kejam membunuh haiwan malang itu.

Menurut kenyataan itu, kejadian disedari kelmarin (Rabu) oleh seorang pengadu yang juga penduduk berdekatan di Jerantut dan diserahkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia kira-kira jam 8.00 malam.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jerantut semalam.

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang pada masa akan datang.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749.

“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah ini supaya dapat diadili di mahkamah dan pelaku menerima hukuman setimpal dengan kekejaman dilakukannya,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini