comscore
Tumpuan :
Nasional

Kumpulan kedua SMART tiba di Istanbul untuk bantu SAR mangsa gempa

Pasukan misi mencari dan menyelamat pelbagai negara tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye. – FOTO : NSTP

ISTANBUL: Kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di Lapangan Terbang Istanbul yang dipenuhi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia.

Selain SMART Malaysia, antara pasukan SAR yang tiba ialah pasukan penyelamat dari Belanda dan Vietnam.

Keadaan di lapangan terbang sibuk apabila penduduk tempatan turut mengambil peluang untuk ke wilayah yang terjejas akibat gempa bumi.

Paparan LCD (paparan kristal cecair) di kawasan lapangan terbang juga dilihat memaparkan situasi semasa keadaan gempa bumi yang beraku di selatan negara ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM), Mohd Johari Ismail, berkata misi kemanusiaan gempa bumi Turkiye akan bermula di wilayah Adana dan Hatay.

“Perjalanan misi akan bermula di Adana. Perjalanan dari Istanbul akan mengambil masa kira-kira tiga jam menggunakan pesawat.

“Setiba di Adana pasukan MCM akan bergerak ke Hatay iaitu kawasan yang teruk terjejas akibat gempa bumi untuk menyalurkan sumbangan,” katanya.

 

Pasukan anggota Bomba elit STORM tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye. – FOTO : NSTP

Beliau berkata, jarak di antara Adana dan Hatay kira-kira 200 kilometer dan mengambil masa perjalanan antara tiga hingga empat jam.

“Antara sumbangan awal yang akan diusahakan pihaknya ialah makanan, pakaian, ubat-ubatan dan wang tunai kepada mangsa gempa,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam 14014010147470, Bank Rakyat 1101744599, selain ke akaun Bank CIMB Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia 8604171675.

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco untuk rekod dan dokumentasi melalui Hotline: 011-5005 0035 atau kepada Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail 016-997 8323 dan Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar 013-488 6447.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini