comscore
Tumpuan :
Nasional

Kumpulan pertama 36 jemaah umrah terkandas tiba di KLIA pagi tadi

Foto hiasan

Kumpulan pertama seramai 36 jemaah umrah yang terkandas di Arab Saudi sejak bulan Jun lalu telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini ( Jumaat) jam 5.50 pagi.

Kenyataan Kementerian Luar Negeri memaklumkan baki 27 jemaah lagi akan dibawa pulang menerusi penerbangan seterusnya.

Urusan membawa pulang 63 jemaah umrah yang terkandas telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Ini adalah untuk memelihara hubungan dua hala yang akrab di antara Malaysia dengan Arab Saudi serta keistimewaan yang telah diberikan kepada Malaysia seperti kemudahan Visa Pelancong yang hanya diberikan kepada 49 negara.

Kerajaan Malaysia kata kenyataan itu ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu usaha berkenaan.

Kementerian Luar Negeri juga kekal komited untuk memastikan keselamatan serta kebajikan
warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara melalui bantuan konsular berdasarkan kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963.

Rakyat negara ini dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara.

Loading...
Terkini