comscore
Tumpuan :
Nasional

Kunjungan rasmi PM ke Qatar, usaha perhebat pelaburan

Oleh: Hilmi Abdul Malik

DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan kunjungan rasmi ke Qatar selama tiga hari yang akan membincangkan soal memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Lawatan sulung Anwar ke Qatar itu juga bakal melihat bagaimana kerjasama 50 tahun yang telah terjalin terus diperhebat menerusi beberapa peluang pelaburan yang akan diputuskan.

Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan berkata, kunjungan itu juga merupakan undangan khas Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang akan turut disambut oleh beberapa delegasi esok malam.

Ini termasuk pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani

“Lawatan ini mampu pertingkatkan hubungan bilateral kedua-dua negara secara tidak langsung membawa pendekatan lebih seimbang dengan negara-negara lain.

“Seperti kita sedia maklum, Qatar cukup penting untuk pembangunan dan kebolehan kewangan mereka antara faktor kita akan tumpukan dan segala peluang perniagaan itu sentiasa menjadi objektif utama,” katanya.

Setakat ini, hubungan bilateral kedua-dua negara ini juga menyaksikan Malaysia berjaya meraih jumlah perdagangan dua hala sebanyak RM4.2 bilion sepanjang tahun 2023 yang kekal positif sehingga kini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Duta Besar Malaysia ke Qatar hari ini.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan perbincangan meja bulat bersama ahli-ahli ekonomi menerusi Forum Ekonomi Qatar pada 14 Mei selain turut menjadi antara jemputan utama pada majlis berkenaan bersama beberapa lagi pimpinan negara luar.

Menerusi forum berkenaan, Anwar juga juga dijadual terlibat dengan sesi dialog bersama beberapa pihak-pihak pelabur serta pimpinan kerajaan.

Dalam pada itu, kunjungangan kali ini juga bakal menyaksikan mercu kejayaan pendidikan negara apabila Perdana Menteri bakal merasmikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pertama untuk bertapak di Qatar.

Tambah Zamshari, pencapaian itu juga menjadi bukti bahawa Qatar memerlukan kepakaran dan kemahiran Malaysia untuk terus membantu memperkasa aspek pendidikan di negaranya.

Untuk rekod, Malaysia dan Qatar telah menjalinkan hubungan bilateral sejak tahun 1974 dan ketika ini sedang merangka beberapa perancangan positif untuk terus mengembangkan akses pelaburan kepada negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini