comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kuota 31,600 jemaah haji telah dipenuhi termasuk rayuan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kuota jemaah haji Malaysia bagi musim 1445H/2024 sebanyak 31,600 orang jemaah telah dipenuhi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jumlah tersebut termasuk kepada mereka yang membuat rayuan untuk menunaikan haji musim ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

“Jadi mengambil kira permohonan yang telah dibuat perayu kuota sebanyak 31,600 itu telah dipenuhi dan Insyallah dalam 9 Mei nanti jemaah haji Malaysia akan berlepas”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di Dataran Merdeka hari ini.

Tambahnya Tabung Haji mempunyai jawatankuasa khas untuk meneliti setiap permohonan rayuan haji.

“Kita memahami jumlah yang agak ramai yang berhasrat menunaikan haji tetapi sudah tentu kita ada kekangan kuota yang diberikan kepasa TH adalah satu jumlah yang ditetapkan.

Media sebelum ini melaporkan Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini