comscore
Tumpuan :
Nasional

Kurangkan margin keuntungan daripada kecilkan keluasan rumah – HBA

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Pemaju perumahan dan hartanah seharusnya mengurangkan margin keuntungan daripada mengurangkan keluasan unit rumah yang dibina pada masa akan datang.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan(HBA), Datuk Chang Kim Loong, berkata, tindakan mengurangkan keluasan unit rumah itu tidak adil kepada pembeli kerana ia tidak sesuai untuk dihuni terutama untuk kediaman pangsapuri.

“Keluasan kediaman pangsapuri pada masa ini adalah keluasan yang mengikut kesesuaian untuk dihuni.

“Pemaju hartanah tidak seharusnya meneruskan gambaran untuk mengurangkan keluasan unit rumah yang terlalu kecil sehingga tidak sesuai untuk dihuni,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Dalam usaha menangani isu harga rumah, Chang mencadangkan agar kerajaan memberi insentif cukai kepada pemaju hartanah yang merancang untuk membina kediaman mampu milik.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan untuk mempercepatkan kelulusan permohonan berkaitan pembinaan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung pemaju.

Chang berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor Datuk Zaini Yusoff, untuk mengurangkan keluasan unit rumah yang bakal dibina.

Ia sebahagian daripada cadangan untuk membantu pemaju perumahan mengurangkan atau mengekalkan harga rumah susulan peningkatan kos bahan binaan seperti simen dan besi sehingga 30 peratus.

Loading...
Terkini