comscore
Tumpuan :
Nasional

KWSP umum dividen 2023 pada Ahad ini, 3 Mac

Bangunan ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2023 pada Ahad ini, 3 Mac.

Menurut sebuah akhbar tempatan, ini berdasarkan surat media bagi majlis itu yang mula diedarkan kepada media awal hari ini.

Menurut KWSP, pengumuman itu akan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Ahmad Zulqarnain Onn pada pagi Ahad ini.

Laporan itu juga menyebut bahawa majoriti ahli ekonomi yakin kadar dividen bagi simpanan konvensional untuk tahun 2023 adalah lebih tinggi daripada 5.35 peratus yang diumumkan bagi tahun 2022.

Faktor ekonomi dunia seperti inflasi, kadar faedah dan perkembangan geopolitik telah memberi kesan kepada pendapatan ke atas pelaburan KWSP bagi suku keempat 2023.

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan RM47.86 bilion pada sembilan bulan pertama 2023 setakat September tahun lalu.

Ia adalah kenaikan sebanyak 33 peratus berbanding RM36.04 bilion bagi tempoh sama pada tahun 2022.

KWSP menyediakan kadar dividen bagi simpanan konvensional dan syariah sejak 2017.

Kadar dividen tertinggi yang pernah dibayar KWSP adalah 8.5 peratus pada 1986 manakala kadar terendah adalah 5.2 dan dibayar pada 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini