comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KWSP untung RM46 juta jual enam aset runcit

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP memperolehi keuntungan RM46 juta hasil jualan enam aset runcitnya di Lembah Klang dan Johor.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu, KWSP juga bercadang untuk menjual satu lagi aset runcitnya di Kelana Jaya kepada syarikat berkaitan kerajaan, GLC.

Foto hiasan

Katanya, enam aset runcit yang telah dijual itu ialah bangunan Giant Bandar Kinrara, bangunan Giant Putra Heights, bangunan Giant USJ, bangunan Giant Klang, bangunan Giant Ulu Klang dan bangunan Giant Plentong di Johor.

Kesemua aset itu dijual kepada Sunway Real Estate Investment Trust Berhad, Sunway REIT yang 15.24 peratus dimiliki KWSP.

Datuk Seri Maslan berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat siang tadi.

Berdasarkan beberapa laporan media, nilai jualan untuk semua enam aset runcit itu dikatakan ialah RM520 juta dan turut meliputi diskaun kira-kira 12.3 peratus daripada agregat nilai pasaran hartanah seperti yang dinilai oleh jurunilai.

Jumlah aset KWSP setakat ini ialah RM1 trilion.

Loading...
Terkini