comscore
Tumpuan :
Nasional

Lagenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

FOTO : Kelantan United Football Club

KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Hashim Mustapha, 57, meninggal dunia jam 10.25 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Berita pemergian Allahyarham diumumkan Kelantan United Football Club menerusi kenyataan di Facebook.

Hashim yang juga bekas penjaring terbanyak dan memenangi Anugerah Kasut Emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia itu menghidap penyakit kencing manis dan akibat komplikasi itu, kaki kirinya sudah dipotong pada Oktober lalu.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012. Kali terakhir beliau menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Loading...
Terkini