comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] Lagi kejadian pokok tumbang di ibu negara

 

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara menyebabkan satu lagi kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 3.45 petang dan turut tular di media sosial sosial yang memaparkan pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan kejadian yang berlaku.

Katanya kejadian kali ini membabitkan 3 kenderaan, 5 motosikal dan sebuah kenderaan milik PDRM yang bertindak sebagai kenderaan pengiring kepada konvoi Ketua Menteri Melaka.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini