comscore
Tumpuan :
Nasional

Lagi ‘Pak Belang’ mati dilanggar kereta

Harimau belang mati dirempuh kereta di KLK.-Foto Ihsan IPD Bentong

BENTONG: Seekor lagi harimau belang dewasa dilaporkan mati akibat dirempuh kenderaan berhampiran di Kilometer 50.6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat, semalam.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, lelaki berusia 25 tahun yang memandu kenderaan dalam perjalanan dari Sungai Koyan, Raub menghala ke Seremban merempuh haiwan itu ketika melintas jalan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati pemandu kereta itu tidak sempat mengelak dan melanggar haiwan terbabit.

“Lelaki yang memandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bangkai harimau belang itu diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini