comscore
Tumpuan :
Nasional

Lagi pendedahan LCS, Khamis ini – Rafizi

Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan mendedahkan pemimpin UMNO dan BERSATU yang didakwanya ada di belakang sebuah lagi syarikat yang turut menerima bayaran dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) pada Khamis ini.

Rafizi mendakwa syarikat berkenaan, JSD Corporation Pte Limited (JSD) yang dinamakan dalam Laporan Forensik Audit LCS oleh Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mempunyai kaitan dengan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Berdasarkan laporan itu, JSD didakwa menerima RM1.36 juta sebagai bayaran bagi khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tidak ada bukti ia berlaku.

“Di hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan siapa di belakang JSD, hubung kaitnya dengan tokoh UMNO/BERSATU dan pembabitan mereka dalam pelbagai skandal selama ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini