comscore
Tumpuan :
Hiburan

Lakar sejarah, nama Michelle Yeoh di Hollywood Walk Of Fame

Foto: Reuters

LOS ANGELES: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, terpilih antara 31 selebriti untuk menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi Kelas 2024.

Pengumuman itu dibuat Hollywood Chamber of Commerce hari ini di mana senarai pendek terbabit dinilai daripada ratusan pencalonan diterima pada 16 Jun lalu.

Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk pelakon Black Phanter, mendiang Chadwick Boseman; penyanyi rap Dr Dre; dan pelakon, Gal Gadot.

Turut dicalonkan ialah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige; pelakon Maggie Gyllenhaal, Chris Pine, Ken Jeong; penyanyi, Gwen Stefani dan lain-lain.

Michelle melakar sejarah pada Mac lalu apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards atau Oscar.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menang menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Dia turut mengadakan acara menyambut kepulangannya yang diraikan ribuan peminat di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Loading...
Terkini