comscore
Tumpuan :
Hiburan

Lake Como jadi saksi cinta Mark Prin dan Kimberly 

FOTO: prinfanclub/ Instagram

LOMBARDY: Pasangan sejoli Thailand, Mark Prin dan Kimberly Anne Woltermas akhirnya bergelar suami dan isteri dengan bersaksikan keindahan Lake Como di Itali semalam.

Sedekad menjalin cinta, perkahwinan pasangan terkenal ini nyata sangat dinanti-nantikan peminat mereka.

Mark atau nama penuhnya Prin Suparat, 33, memilih pelakon kelahiran Jerman ini selepas mula dipertemukan menerusi drama pertama yang menggandingkan mereka iaitu  ‘Sarm Noom Nuer Tong’ pada tahun 2011.

Kimberly 31, memukau pandangan jemputan pada majlis perkahwinan tertutup itu dengan mengenakan busana pengantin dari Dior.

Turut hadir pada majlis itu ialah keluarga kedua-dua belah pihak selain pasangan popular Thailand iaitu Nadech Kugimiyas dan Urassaya Sperbund.

Loading...
Terkini