comscore
Tumpuan :
Nasional

Laluan LRT Kelana Jaya: Gangguan sementara pulih dalam tempoh 15 minit

Foto: NSTP

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di 16 stesen yang boperasi sejak jam 6 pagi tadi adalah stabil sehingga jam 4 petang tadi.

Prasarana dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan terdapat gangguan sementara kepada sistem bukan kritikal keselamatan yang berlaku jam 12.43 tengah hari tadi yang menjejaskan beberapa stesen di sekitar Stesen Damai.

Dalam satu kenyataan media, gangguan itu berjaya dipulihkan dalam tempoh 15 minit.

“Setakat jam 4.00 petang tadi, operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kembali stabil. Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang-penumpang yang terjejas,” Menurut kenyataan medianya.

“Kelancaran keseluruhan sistem LRT Laluan Kelana Jaya akan terus dipantau oleh pakar teknikal Rapid Rail bagi memastikan operasi dan sistem kekal stabil serta selamat untuk semua pengguna,”.

Pihak Prasarana dan Rapid Rail dalam pada itu, mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalu saluran media sosial Rapid KL ataupun melalui aplikasi PULSE.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dibuka semula bermula jam 6 pagi tadi iaitu dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Selain itu, Rapid Rail mengumumkan pemberian tambang percuma bagi setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya.

Sebelum ini, 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi bermula 9 November lalu.

Loading...
Terkini